Wednesday, 29 June 2011

Bas Sekolah

Ada seorang anak gadis sunti ni...baru tingkatan satu. Pergi sekolah naik bas sekolah yang mana pemandu basnya seorang wanita India. Kebanyakan penumpangnya pun India.

Hari Pertama.
Mengeluh sebab tak biasa naik bas sekolah. Masa sekolah rendah, sekolah sebelah rumah aje......

Minggu Pertama.
Dah boleh biasakan diri....

Bulan Pertama.
Dah boleh nyanyi lagu.......dari Carta Lagu Paling Popular Radio Tamil!

Bagus la...Satu Malaysia!

Tuesday, 28 June 2011

Terkedu

Kalau anak nakal selalunya aku akan kata "Allah marah". Kalau anak degil aku kata "Allah tak suka". Kalau anak bergaduh aku akan kata "Allah benci". Kalau anak malas pun itu yang aku selalu sebut. Tapi tergamam bila suatu hari anakku yang kecil ni berkata "Mama, Allah tu suka marah2 je kan..tak suka la.." Aku terkedu..sesuatu perlu aku lakukan. Sesuatu yang lebih positif tentunya. "Allah suka budak baik..Allah suka budak rajin..Allah suka budak pandai..." Hmm...mama kena banyak belajar lagi.  Mendidik anak kini lebih mencabar.

Monday, 27 June 2011

Motor Besar

Dalam perjalanan balik kampung (lagi....)

Insyirah : Babah nak beli motor besar macam tu ke...(sambil menunjuk ke arah motor besar yang memotong kereta kami)

Babah : Haa..macam tu la...Syirah suka ke...?

Insyirah : Suka...nanti kita beli ya..

Mama : Mama pun suka.. nanti kita naik motor sama2 ya..

Insyirah : Ehhh...mama mana boleh..mama gemuk...kesian motor tuuu...

Mama :  Uwaa...(alahai jujurnya anakku..)


Aku perasan suamiku tersengih2...Huh.

Berat

Suatu hari masa dalam perjalanan balik kampung melalui lebuhraya Utara Selatan.

Insyirah : Babah..kenapa lori tu jalan lambat sangat...?

Babah : Ohh..sebab dia bawa barang berat..tak larat la tu..

Masa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam ..

Insyirah : Babah..Syirah ni berat ke...?

Babah : Tak la..kenapa?

Insyirah : Habis tu kenapa babah bawa kereta lambat sangat...Syirah berat ke babah...?

Babah : Hadoii...

Sunday, 26 June 2011

Tumpang lalu

Sedang aku beratur bersama anak bongsuku Insyirah, untuk membayar di sebuah pasaraya, seorang lelaki tiba2 muncul disisi.

Lelaki : Tepi sikit nak lalu.

Aku pun memberi laluan.


Insyirah : Mama, kenapa dia tak cakap tumpang lalu...tak baik kan mama..

Aku : Syyy...dia terlupa kut..

Lelaki itu memandang sekilas.

(Hmmm..budak pun tau budi bahasa)

Atuk Hajah Alimah

Semalam mak memaklumkan keadaan atuk makin tenat. 

Tiba2 teringat mimpi tentang atuk minggu lepas.

Aku mimpi ramai orang kat rumah atuk, macam ada majlis kenduri.

Atuk nampak ceria. Sentiasa tersenyum..

Apakah maknanya mimpiku itu..

Aku doakan yang baik2 sahaja untuk atuk yang dikasihi...


Friday, 24 June 2011

Mak

Masa aku umur 6 tahun..kat dalam bilik dengan mak..

Aku : Mak nak tengok wayang.

Mak : Ha? Dengan sapa?

Aku : Dengan boyfriend...

Mak : Ha?? Sapa boyfriend?

Aku : Kawan kat tadika...dia datang ambil pukul 8 malam nanti..boleh ya mak?

Mak : Alahai..anak aku..

Mak senyum2 sambil berlalu keluar bilik..tiba2 aku dengar suara mak dan ayah ketawa mengekek2...aku tak faham kenapa mereka ketawa...aku serius ni nak tengok wayang..dengan boyfriend..
          


Thursday, 23 June 2011

Intan Payung Puteri Gunung Ledang

Ini panggilan untuk anak bongsuku..

Si kecik yang paling manja dan mengada.

Kalau orang lain umur 4 tahun dah ada adik...

Dia ada kakak dan abang yang rajin melayan.

Kadang melayan dengan tangan!

Uwaaa......!!!!

Mana taknya..buku kakak kena conteng boleh ampun lagi..ni kena gunting!!

Memang cari nahas le...

Sekarang ni dah pandai mintak nak adik!

Ini aku pulak yang UWAAAA.....YA AMPUN..

Anak lelaki machoku..

Orang kata anak lelaki memang nakal dan lasak.

Aku pun alami perkara yang sama.

Tapi aku tahu dia anak yang penyayang.

Lembut hati. Kadang dalam hati ada taman!

Aku doakan dia berjaya.

Mungkin susah jaga masa kecil ni, mudah mudahan dah besar jadi anak yang berjasa.

Walau kadangkala dia tak larat dengar leteranku tapi aku tetap setia berleter demi kebaikan dia.

Tuesday, 21 June 2011

Mak kata pengantin kena jaga tertib.

Tak boleh tunjuk excited sangat...walau dalam hati rasa nak melompat sampai siling.


Kena ada segan silu...malu2..(walaupun tak malu)


Kalau iya pun seronok tak payah le gelak beria mengalahkan makcik2 di dapur yang tengah menyiapkan lauk pengantin..mengalah pakcik2 yang menjaga api dapur di bangsal penanggah.

Tapi aku tengok ramai pengantin sekarang yang tak kisah semua tu.

Rakan2 mengusik dia pulak yang melebih2 bercerita pasal malam pertama!

Masa berarak berkompang mata liar memandang tetamu..tersengih2.

Tingkah laku tak macam pengantin. Hilang serinya!

Monday, 20 June 2011

Anak daraku

Aku terharu bila anak yang sulung (umur 13 tahun) sudah boleh diharap.

Masa aku demam dia menawarkan diri untuk memasak.

Lauk sempoi je. Sambal tumis telur dan sayur kacang goreng.

Lepas la untuk makan dia dan adik2.

Tak sia2 la aku berleter suruh dia bantu apa yang patut di dapur.

Lepas ni boleh ajar masak lauk lain pulak...senang le nanti order je..heheh..

Friday, 17 June 2011

suami

Alhamdullillah.

Tuhan kurniakan aku suami yang sangat memahami.
walaupun kadangkala ada juga terasa hati,  itu perkara biasa dalam perkahwinan.


Saat aku amat memerlukan rehat dan ketenangan setelah 'bersilat' dengan anak bongsuku, suami membawa anak2 keluar beriadah. Main futsal. Yang main babahnya. Anak2 jadi penonton.

Syukurlah. Boleh berehat sekejap.

Terima kasih suamiku.

Penat

Bila di tempat kerja hati teringatkan anak2.

Sampai rumah hilang segala penat tengok muka anak2.

Tapi kejap je..lepas tu penat balik..membebel..membebel...leterkan anak2...

Rutin seharian.

Kalau tak marah dan leterkan anak2..bukan ibu le namanya...

Serikan harimu...

Salam.

Entri pertama.

Ya..entri pertama..

Sangat teruja!

Saya Seri.

Suka membaca blog dan sekarang teringin nak ada blog sendiri.

Berkongsi kisah suka duka.

Pengalaman diri sendiri dan orang lain.

Cerita lucu sama2 kita gelak. Cerita duka jangan simpan sorang2. Nanti makan dalam.

Hidup sangat singkat.

Serikan harimu!