Friday, 26 August 2011

Atuk dah pergi....

Ramadhan kali ini menyaksikan aku kehilangan Atuk Hajah Alimah. Pada Ramadhan ke 23, waktu hampir berbuka puasa atuk dijemput Allah kembali. Kenangan bersama atuk terlalu manis. Arwah sangat penyabar dan lemah lembut. Sangat suka bergurau dengan anak dan cucu. Arwah semasa hayatnya telah berbakti menjaga suaminya yang lumpuh selama 12 tahun. Dalam masa yang sama menjaga cucu-cucunya yang tak putus2. Silih berganti. Maklum la rumah atuk berdepan dengan sekolah rendah. Rumah atuk macam rumah transit anak cucu. Setiap tahun batch cucu sekolah rendah naik ke sekolah menengah datang lagi batch lain pula masuk sekolah rendah. Begitulah atuk tak pernah merungut melayan cucu2 yang ramai walau wajah atuk nampak sangat keletihan. Semua cucu dilayan dengan penuh kasih sayang. Atuk pernah sorokkan coklat dan ayam goreng yang diberi oleh makcikku untuknya, semata2 nak bagi aku jamah. Biar dia tak dapat tapi puas tengok cucu makan.

Cucu mana yang tiada kenangan indah dengan atuk? Aku cucu sulung bermakna aku paling banyak kenangan dengan atuk. Bila aku menginjak remaja aku selalu bersembang dengan atuk. Macam2 atuk cerita. Pernah aku tanya kalau anak2 atuk tak balik raya atuk tak sedih ke? Tak pernah nampak atuk nangis pun. "engkau mana tau aku tak nangis?" Aku terdiam. Walaupun anak atuk 14 orang tapi tak semua akan berkumpul masa raya. Aku nampak atuk ceria sahaja. Rupanya dalam diam dia menangis juga.

Aku bersyukur dapat merasa kasih sayang atuk. Bila aku dah bekerja aku bawa atuk jalan2 di  KL. Walaupun anak atuk berpangkat besar dan tinggal di KL tapi tak seorang pun pernah membawa atuk lepak2 di KLCC (kat tempat lain pernah dibawa oleh anak2nya). Aku berbangga menjadi orang yang memperkenalkan atuk kepada mercu tanda kebanggaan Malaysia itu. Seingat aku selepas itu atuk mula sakit2 dan tak larat nak berjalan jauh. Itu kali terakhir atuk ke KL.

Sakit atuk makin lama makin teruk tapi dia tak pernah tinggal solat. Atuk juga sangat rajin bersedekah. Atuk semasa hayatnya selalu mengajak anak yatim dan anak orang susah makan2 di rumahnya.Atuk juga rajin sedekah buah-buahan yang masak ranum di sekeliling rumahnya. Ada sekali tu ada sekumpulan budak2 sekolah mencuri buah rambutan atuk yang merah melayut di pokok. Atuk nampak tapi dia tak marah. Dia niat sedekah pada budak2 tu. Esok bila budak2 tu balik sekolah atuk panggil. Atuk bagi buah rambutan dan tambah lagi buah mempelam. Atuk juga sempat pesan "Kalau nak, jangan curi..mintak la atuk bagi.." Begitulah mulianya hati atuk.

Di penghujung hayat atuk, hanya tinggal kulit dan tulang. Tapi yang menghairankan aku dan makcik2 ku selesai jenazah atuk dimandikan (oleh semua tujuh anak perempuannya) wajah atuk kembali seperti semasa sebelum dia sakit. Berisi dan berseri. Itulah kekuasaan Allah. Tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini Allah tunjukkan kekuasaanNya.

Atuk kembali menghadap Allah dengan meninggalkan 14 orang anak, 60 orang cucu dan 30 orang cicit.
Doaku moga  rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Kenangan bersama atuk menjadi kenangan terindah dalam hidupku.





Friday, 12 August 2011

Berbuka Puasa


Terkejar2 balik dari pejabat, masak untuk berbuka puasa, aku puas sebenarnya.

Puas dapat menyediakan makanan berbuka untuk keluarga.

Ada keberkatan, Insyaallah.