Thursday, 5 September 2013

Friday, 7 September 2012

sudah tukar ka....

Insyirah kalau bercakap ikut sedap dia je nak menyebut.

tesco jadi steko
terselit jadi setelit
terowong jadi terworong
lighter jadi piala
integrasi jadi intergegasi!

Selamba je dia menyebut. Confident je guna perkataan sendiri. Takpalah nak...janji bahagia.




Friday, 17 August 2012

Insaf

Assalammualaikum.

Ramadhan semakin sampai ke penghujung menandakan akan tibanya Syawal. Semakin hampir syawal maka semakin sibuk kita dengan persiapan hari raya yang bakal menjelma. Aku juga ada membuat persiapan. Semuanya serba sederhana. Anak anak yang diutamakan. Walaupun aku rasa sederhana tapi rupanya ada keluarga yang menyambutnya dengan lebih lebih lebih sederhana. 

Semasa sibuk memilih kasut untuk Syirah aku terdengar suara kanak kanak gembira mendapat kasut baru. sebenarnya bukan kasut tapi selipar getah. Dengan suara agak kuat dia menyebut RM7.90! sambil selipar dipeluk erat. Adik beradiknya yang lain juga gembira mendapat selipar jenis sama. Ibu mereka aku perasan sedang mengira duit yang ada dalam genggaman. Tiba tiba aku merasa sebak dan bersalah. Aku dah berbelanja hampir ribuan ringgit untuk persiapan hari raya anak anak dan ku anggap sederhana sedangkan sederhana yang aku maksudkan sangat mewah jika dibandingkan dengan kakak beranak 5 itu....

Aku insaf dan malu pada diri sendiri. Aku berdoa moga ALLAH selamatkan dan pelihara kakak itu dan keluarganya. Moga anak anaknya menjadi anak yang soleh dan tidak lupa pengorbanan ibu mereka.








Saturday, 5 May 2012

lamanya....

lamanya tak update blog ni...sangat sibuk dengan urusan harian. awal tahun sibuk dengan insyirah baru masuk tadika, aku pulak sibuk sambung belajar. kerja di ofis pun makin banyak. balik rumah nak masak lagi..penat lagi..bila dah penat tidur adalah perkara paling afdhal. nak cerita pasal keletah insyirah nanti jika ada masa senggang yang panjang..ehek.

Tuesday, 6 March 2012

Merentas desa punya hal

Hari ni masuk hari keempat Raihanah duk di wad. Hari keempat jugak aku ikut berkampung di wad ini. Sakit badan dan kepala sedikit weng akibat tak cukup tidur dan tidur di kerusi sahaja....

Raihanah jatuh masa merentas desa (aktiviti sekolah) sabtu lepas. Lutut kirinya lari sikit dan ada pendarahan dalaman. Kena buat 'minor operation'.

Sekarang dia dah boleh (sebenarnya dipaksa) berjalan. Sakit memang la sakit kan..tapi doktor pun suruh berjalan. Tak boleh manjakan sangat kaki yang sakit tu....Dia pun gagahkan diri berjalan...Haziq dan Syirah pun tak lepaskan peluang menyakat kakaknya...yang aku nak tergelak bila Syirah terdengkot2 mengajuk kakaknya berjalan.

Ehhh...Raihanah nak bangun berjalan la pulak..selalu kena pujuk..ni dia pulak nak bangun jalan sendiri....semangat la pulak!


Ok. Masa untuk bawa kakak jalan2!

Friday, 18 November 2011

Breakfast!

Selama 2 hari aku terpaksa berulang alik Shah Alam - KL kerana menghadiri kursus. Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan komuter. Macam macam gelagat manusia yang aku jumpa. Tapi ada seorang brother ni aku tak boleh lupa..

Pagi seawal 7.30  brother ni  tak tahan lapar kena ambil breakfast jugak2 walaupan dalam tren. Boleh pulak brother ni makan roti (bawa roti sebantal okey...) dan minum air (dalam botol besar) sambil berdiri. Bukan calang2 orang boleh buat macam ni wehh...

Asyik memerhati gelagat orang, tak sedar gelagat aku pulak diperhatikan. Seorang gadis cina sedang memerhatikan aku yang sedang memerhatikan orang. Haha..kita serupa...

Thursday, 10 November 2011

Layannn...

Aku suka sembang dengan Syirah sebelum tidur. Antara perbualan kami malam tadi...


Mama : Harimau makan apa?

Syirah : Makan daging....burger!

Mama : Ehh...makan daging orang la..makan kambing ...makan lembu...kucing makan apa?

Syirah  : Makan makanan yang orang campak atas lantai kat kedai tu..

Mama : Yang macam Syirah selalu buat tu ya....kalau harimau kejar Syirah...Syirah buat apa?

Syirah  : Syirah lari la kuat kuat! Syirah jerit la tolong! harimau kejar sayaaa...! Ada pakcik tu tolong Syirah..

Mama : Wahh..Pakcik tu tolong macam mana?

Syirah  : Dia tolong cekik harimau tu..buang dalam laut bagi buaya makan harimau tu!

Mama : Buaya kat sungai....

Syirah : Ohh..pakcik tu ambil balik harimau tu buang kat sungai...

Mama : Baiknya pakcik tu...Syirah cakap terima kasih tak?

Syirah : Cakap. Terima kasih pakcik.

Mama : Siapa nama pakcik tu?

Syirah : Ashishoshu.

Mama : Eh peliknya nama dia..pakcik tu orang apa?

Syirah : Orang islam la...

Mama : Ohhh....