Ramadhan semakin sampai ke penghujung menandakan akan tibanya Syawal. Semakin hampir syawal maka semakin sibuk kita dengan persiapan hari raya yang bakal menjelma. Aku juga ada membuat persiapan. Semuanya serba sederhana. Anak anak yang diutamakan. Walaupun aku rasa sederhana tapi rupanya ada keluarga yang menyambutnya dengan lebih lebih lebih sederhana.
Semasa sibuk memilih kasut untuk Syirah aku terdengar suara kanak kanak gembira mendapat kasut baru. sebenarnya bukan kasut tapi selipar getah. Dengan suara agak kuat dia menyebut RM7.90! sambil selipar dipeluk erat. Adik beradiknya yang lain juga gembira mendapat selipar jenis sama. Ibu mereka aku perasan sedang mengira duit yang ada dalam genggaman. Tiba tiba aku merasa sebak dan bersalah. Aku dah berbelanja hampir ribuan ringgit untuk persiapan hari raya anak anak dan ku anggap sederhana sedangkan sederhana yang aku maksudkan sangat mewah jika dibandingkan dengan kakak beranak 5 itu....
Aku insaf dan malu pada diri sendiri. Aku berdoa moga ALLAH selamatkan dan pelihara kakak itu dan keluarganya. Moga anak anaknya menjadi anak yang soleh dan tidak lupa pengorbanan ibu mereka.
No comments:
Post a Comment