Friday, 18 November 2011

Breakfast!

Selama 2 hari aku terpaksa berulang alik Shah Alam - KL kerana menghadiri kursus. Aku lebih suka menggunakan perkhidmatan komuter. Macam macam gelagat manusia yang aku jumpa. Tapi ada seorang brother ni aku tak boleh lupa..

Pagi seawal 7.30  brother ni  tak tahan lapar kena ambil breakfast jugak2 walaupan dalam tren. Boleh pulak brother ni makan roti (bawa roti sebantal okey...) dan minum air (dalam botol besar) sambil berdiri. Bukan calang2 orang boleh buat macam ni wehh...

Asyik memerhati gelagat orang, tak sedar gelagat aku pulak diperhatikan. Seorang gadis cina sedang memerhatikan aku yang sedang memerhatikan orang. Haha..kita serupa...

Thursday, 10 November 2011

Layannn...

Aku suka sembang dengan Syirah sebelum tidur. Antara perbualan kami malam tadi...


Mama : Harimau makan apa?

Syirah : Makan daging....burger!

Mama : Ehh...makan daging orang la..makan kambing ...makan lembu...kucing makan apa?

Syirah  : Makan makanan yang orang campak atas lantai kat kedai tu..

Mama : Yang macam Syirah selalu buat tu ya....kalau harimau kejar Syirah...Syirah buat apa?

Syirah  : Syirah lari la kuat kuat! Syirah jerit la tolong! harimau kejar sayaaa...! Ada pakcik tu tolong Syirah..

Mama : Wahh..Pakcik tu tolong macam mana?

Syirah  : Dia tolong cekik harimau tu..buang dalam laut bagi buaya makan harimau tu!

Mama : Buaya kat sungai....

Syirah : Ohh..pakcik tu ambil balik harimau tu buang kat sungai...

Mama : Baiknya pakcik tu...Syirah cakap terima kasih tak?

Syirah : Cakap. Terima kasih pakcik.

Mama : Siapa nama pakcik tu?

Syirah : Ashishoshu.

Mama : Eh peliknya nama dia..pakcik tu orang apa?

Syirah : Orang islam la...

Mama : Ohhh....

  

Tuesday, 1 November 2011

Katakan Tidak!

Ruzain : Babah marah tak kalau orang pinjam barang babah, lepas tu dia rosakkan barang tu?

Babah : Marah la...

Ruzain : Haa...macam tu la Allah marah..Dia bagi pinjam paru paru kat babah, babah hisap rokok habis rosak paru paru babah....macam mana nanti nak pulang balik kat Allah..

Babah : Hmmm......

Berhentilah merokok babah.....

Monday, 31 October 2011

Selamat Hari Lahir Suamiku La Pulak...

Semalam hari lahir anak yang sulung. Hari ni hari lahir suamiku pulak...
13 tahun yang lalu aku dah beri hadiah paling bermakna dalam hidup suamiku iaitu anak perempuan sulung kami..Hadiah ini tak sama dengan hadiah apa pun jua dalam dunia ni..intan berlian pun tak boleh lawan..Bertarung nyawa nak bagi hadiah ni yangggg oiiii....

Oleh kerana hadiah 13 tahun lalu terlalu istimewa, dah takda hadiah lain dah nak bagi...hehe...

Selamat Hari Lahir Suamiku...

Sunday, 30 October 2011

Selamat hari Lahir Raihanah



Anak dara mama genap 13 tahun hari ini.

Semoga makin matang sesuai usia..

Perangai yang baik bertambah baik...Sikap kurang baik diperbaiki..

Mama doakan yang terbaik saja untuk anak mama.

Kurangkan ber'facebook' ya........




Wednesday, 26 October 2011

Nak rehat sat...

Aku perlu rehatkan diri sekejap.
Rasa tertekan semenjak dua menjak ni....
Tekanan di tempat kerja.
Sempena cuti Deepavali aku mengajak suami dan anak anak ke Port Dickson.
Sambung cuti sehari lagi...kawan kawan kata aku beraya sakan..
Aci cleaner kat ofis pun tak sambung cuti!
Harap harap dapatlah berehat.....
Harap harap anak anak boleh bagi kerjasama......kurangkan perkelahian antara adik beradik (yang bisa membuat mama kalian bertukar menjadi ibu singa)
Tolonglah beri sedikit ruang pada mama.....Kerjasama kalian amatlah dihargai.

Tuesday, 4 October 2011

Baby

Insyirah : Mama mengandung la..Syirah nak baby...

Mama : Hmm..

Insyirah : Mama... macam mana nak masukkan baby dalam perut..??

Mama : Hmm?? ( Apa nak jawab ni...)

Wednesday, 28 September 2011

Berlutut

Abang : Mama..kenapa handphone abang ni tak boleh bluetooth?

Syirah : Eh berlutut pun tak reti ke...(sambil tunjuk cara berlutut)

Hahah..ambik kau.

Tuesday, 20 September 2011

Amboii...

Mama : Syirah rasa Syirah cantik tak..

Syirah : Hmm.. mungkin la..

Mama : Amboiii...

************************

Syirah : Mama, itu kawan mama ke..?

Mama : Ya..kenapa?

Syirah : Kenapa muka dia tua...?

Mama : Mama pun tua juga...

Syirah : Mama bukan tua....mama gemuk...

Mama : Amboiiii......






                                           

Friday, 26 August 2011

Atuk dah pergi....

Ramadhan kali ini menyaksikan aku kehilangan Atuk Hajah Alimah. Pada Ramadhan ke 23, waktu hampir berbuka puasa atuk dijemput Allah kembali. Kenangan bersama atuk terlalu manis. Arwah sangat penyabar dan lemah lembut. Sangat suka bergurau dengan anak dan cucu. Arwah semasa hayatnya telah berbakti menjaga suaminya yang lumpuh selama 12 tahun. Dalam masa yang sama menjaga cucu-cucunya yang tak putus2. Silih berganti. Maklum la rumah atuk berdepan dengan sekolah rendah. Rumah atuk macam rumah transit anak cucu. Setiap tahun batch cucu sekolah rendah naik ke sekolah menengah datang lagi batch lain pula masuk sekolah rendah. Begitulah atuk tak pernah merungut melayan cucu2 yang ramai walau wajah atuk nampak sangat keletihan. Semua cucu dilayan dengan penuh kasih sayang. Atuk pernah sorokkan coklat dan ayam goreng yang diberi oleh makcikku untuknya, semata2 nak bagi aku jamah. Biar dia tak dapat tapi puas tengok cucu makan.

Cucu mana yang tiada kenangan indah dengan atuk? Aku cucu sulung bermakna aku paling banyak kenangan dengan atuk. Bila aku menginjak remaja aku selalu bersembang dengan atuk. Macam2 atuk cerita. Pernah aku tanya kalau anak2 atuk tak balik raya atuk tak sedih ke? Tak pernah nampak atuk nangis pun. "engkau mana tau aku tak nangis?" Aku terdiam. Walaupun anak atuk 14 orang tapi tak semua akan berkumpul masa raya. Aku nampak atuk ceria sahaja. Rupanya dalam diam dia menangis juga.

Aku bersyukur dapat merasa kasih sayang atuk. Bila aku dah bekerja aku bawa atuk jalan2 di  KL. Walaupun anak atuk berpangkat besar dan tinggal di KL tapi tak seorang pun pernah membawa atuk lepak2 di KLCC (kat tempat lain pernah dibawa oleh anak2nya). Aku berbangga menjadi orang yang memperkenalkan atuk kepada mercu tanda kebanggaan Malaysia itu. Seingat aku selepas itu atuk mula sakit2 dan tak larat nak berjalan jauh. Itu kali terakhir atuk ke KL.

Sakit atuk makin lama makin teruk tapi dia tak pernah tinggal solat. Atuk juga sangat rajin bersedekah. Atuk semasa hayatnya selalu mengajak anak yatim dan anak orang susah makan2 di rumahnya.Atuk juga rajin sedekah buah-buahan yang masak ranum di sekeliling rumahnya. Ada sekali tu ada sekumpulan budak2 sekolah mencuri buah rambutan atuk yang merah melayut di pokok. Atuk nampak tapi dia tak marah. Dia niat sedekah pada budak2 tu. Esok bila budak2 tu balik sekolah atuk panggil. Atuk bagi buah rambutan dan tambah lagi buah mempelam. Atuk juga sempat pesan "Kalau nak, jangan curi..mintak la atuk bagi.." Begitulah mulianya hati atuk.

Di penghujung hayat atuk, hanya tinggal kulit dan tulang. Tapi yang menghairankan aku dan makcik2 ku selesai jenazah atuk dimandikan (oleh semua tujuh anak perempuannya) wajah atuk kembali seperti semasa sebelum dia sakit. Berisi dan berseri. Itulah kekuasaan Allah. Tambahan di bulan Ramadhan yang mulia ini Allah tunjukkan kekuasaanNya.

Atuk kembali menghadap Allah dengan meninggalkan 14 orang anak, 60 orang cucu dan 30 orang cicit.
Doaku moga  rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. Kenangan bersama atuk menjadi kenangan terindah dalam hidupku.





Friday, 12 August 2011

Berbuka Puasa


Terkejar2 balik dari pejabat, masak untuk berbuka puasa, aku puas sebenarnya.

Puas dapat menyediakan makanan berbuka untuk keluarga.

Ada keberkatan, Insyaallah.















Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Semoga mendapat rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Thursday, 28 July 2011

Mamak

Di Shah Alam ni banyak sungguh kedai mamak. Mamak yang betul islam atau yang islam hanya pada frame ayat suci Al Quran yang tergantung di sekeliling dinding . 

Aku kadang geram betul dengan pekerja kedai mamak ni. Dah le cakap melayu pun tak berapa nak betul..kita cakap pun dia tak berapa nak faham....tapi muka tetap control cool walaupun kadang lebih kepada 'blur'.

Satu lagi yang aku tak tahan, milo aisnya Ya Rabbi....maniiiissss.....Dalam pada kita pesan kurang manis pun mengelupur manisnya, kalau tak pesan tak tau la...ada potensi kena potong kaki la kut...

Kadang diaorang ni pun pandai buat lawak....

Aku : Air batu satu cawan kecik tadi berapa sen?

Cashier : Apa?

Aku : Itu air batu la..itu ais...(sambil kepala aku pun automatik gerak2 terikut si cashier ni)

Cashier : Ooo..itu 50 sen..eh RM1.. 

Aku : Haa?? Itu ais cawan kecik RM1? ( terkuat pulak suara aku...terkejut sebenarnya..)

Cashier : Ohh..itu free jugak..

Aku : Pulak.....

Kalau satu cawan kecik ais pun seringgit baik aku beli kat kedai runcit belakang rumah. Seringgit ais boleh buat mandi! Bukan le kita berkira sangat seringgit tu tapi biar le munasabah sikit. Alahai mamakkk...



Wednesday, 20 July 2011

Gedebuk!

Pagi tadi aku jatuh di tangga pejabat.
Dah lama tak jatuh sebenarnya.
Sakitnya....Lutut melecet.
Belakang lutut sekarang dah mula bengkak.

Terima kasih pada Aci cleaner yang tolong angkat aku.
Terima kasih juga pada kawan yang tunjukkan simpati.
Terima kasih juga pada kawan yang gelakkan aku terkekek2...(Bunyi gedebuk katanya)
Terima kasih pada bos yang bertanya khabar.

Petang nanti nak cari tukang urut...
Hahh..belum kena urut aku dah terasa 'sedapnya'...

Monday, 18 July 2011

Maafkan saya...

Orang kita kalau buat silap jarang nak minta maaf.
Marah orang untuk kesalahan yang belum tentu memang mudah.
Sebelum marah orang siasat la dulu..
Kalau dah terbukti kita tersilap menuduh..mohon maaf la...
Tak rugi pun....Orang yang dituduh pun tak sakit hati.
Berat sangat nak mengaku salah.
Hina sangat ke kalau mohon maaf??

Monday, 11 July 2011

Anak oh anak...

Aku teringin nak ambil anak angkat. Anak yatim atau anak orang susah.

Tapi suami selalu kata.....anak sendiri pun berkuntaw nak jaga...jangan le buat pasal....kesian anak orang tu...hehe..

Bila fikir2 elok kalau kita ziarah anak2 yatim dan hulurkan sumbangan mana yang termampu...
Anggap anak2 tu macam anak kita sendiri....belai mereka pun dah dapat pahala, insyaAllah.
Sedih bila mengenangkan anak2 yatim ini tak berpeluang untuk bermanja dengan ibu dan ayah sendiri, tak dapat merasa air tangan ibu, takda tempat mengadu bila dibuli kawan dan yang paling sedih bila hujan lebat guruh berdentum ayah dan ibu takda untuk peluk menenangkan mereka.. bayangkan anak2 itu masih kecil lebih kurang satu hingga tujuh tahun misalnya.

Anak2 sendiri memang patut dibawa ke rumah anak yatim ini untuk di'sedarkan' betapa beruntungnya mereka punya ayah dan ibu. Walaupun kadangkala ibu ni macam ibu singa!

Anak2 patut bersyukur.

(Aku terfikir andai tiba2 aku dan suami dijemput Ilahi, macam mana anak2 ku terutama si kecil ini...)

Tuesday, 5 July 2011

Nak kurus....

Selepas melahirkan anak ke 3, berat badanku naik setiap tahun..
Dalam masa 4 tahun ni berat aku dah naik 8 kilo!! Purata setahun 2 kilo. Tak boleh jadi ni..anak2 pun dah tegur...diri sendiri pun rasa tak selesa...

Tapi suami tak cakap apa pun..senyum2 je bila aku  mengadu...aku tau dia nak jaga hati aku je tu...tapi
senyuman dia tu lebih menyakitkan sebenarnya... : (

Minggu lepas aku kuatkan semangat. Bersenam!!

Petang tadi aku rasa nak melompat bila penimbang menunjukkan berat kurang 3 kilo!!
Wahh..seminggu turun 3 kilo? Biar betul...(siapa yang dah betulkan penimbang ni? hehe)
Tapi ada 5 kilo lagi ni...Aku percaya jaga makan dan bersenam, insyaAllah boleh pakai balik baju2 lama tu..

Cabaran seterusnya...nak mengekalkan berat badan ideal! Bukan senang beb..

Wednesday, 29 June 2011

Bas Sekolah

Ada seorang anak gadis sunti ni...baru tingkatan satu. Pergi sekolah naik bas sekolah yang mana pemandu basnya seorang wanita India. Kebanyakan penumpangnya pun India.

Hari Pertama.
Mengeluh sebab tak biasa naik bas sekolah. Masa sekolah rendah, sekolah sebelah rumah aje......

Minggu Pertama.
Dah boleh biasakan diri....

Bulan Pertama.
Dah boleh nyanyi lagu.......dari Carta Lagu Paling Popular Radio Tamil!

Bagus la...Satu Malaysia!

Tuesday, 28 June 2011

Terkedu

Kalau anak nakal selalunya aku akan kata "Allah marah". Kalau anak degil aku kata "Allah tak suka". Kalau anak bergaduh aku akan kata "Allah benci". Kalau anak malas pun itu yang aku selalu sebut. Tapi tergamam bila suatu hari anakku yang kecil ni berkata "Mama, Allah tu suka marah2 je kan..tak suka la.." Aku terkedu..sesuatu perlu aku lakukan. Sesuatu yang lebih positif tentunya. "Allah suka budak baik..Allah suka budak rajin..Allah suka budak pandai..." Hmm...mama kena banyak belajar lagi.  Mendidik anak kini lebih mencabar.

Monday, 27 June 2011

Motor Besar

Dalam perjalanan balik kampung (lagi....)

Insyirah : Babah nak beli motor besar macam tu ke...(sambil menunjuk ke arah motor besar yang memotong kereta kami)

Babah : Haa..macam tu la...Syirah suka ke...?

Insyirah : Suka...nanti kita beli ya..

Mama : Mama pun suka.. nanti kita naik motor sama2 ya..

Insyirah : Ehhh...mama mana boleh..mama gemuk...kesian motor tuuu...

Mama :  Uwaa...(alahai jujurnya anakku..)


Aku perasan suamiku tersengih2...Huh.

Berat

Suatu hari masa dalam perjalanan balik kampung melalui lebuhraya Utara Selatan.

Insyirah : Babah..kenapa lori tu jalan lambat sangat...?

Babah : Ohh..sebab dia bawa barang berat..tak larat la tu..

Masa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam ..

Insyirah : Babah..Syirah ni berat ke...?

Babah : Tak la..kenapa?

Insyirah : Habis tu kenapa babah bawa kereta lambat sangat...Syirah berat ke babah...?

Babah : Hadoii...

Sunday, 26 June 2011

Tumpang lalu

Sedang aku beratur bersama anak bongsuku Insyirah, untuk membayar di sebuah pasaraya, seorang lelaki tiba2 muncul disisi.

Lelaki : Tepi sikit nak lalu.

Aku pun memberi laluan.


Insyirah : Mama, kenapa dia tak cakap tumpang lalu...tak baik kan mama..

Aku : Syyy...dia terlupa kut..

Lelaki itu memandang sekilas.

(Hmmm..budak pun tau budi bahasa)

Atuk Hajah Alimah

Semalam mak memaklumkan keadaan atuk makin tenat. 

Tiba2 teringat mimpi tentang atuk minggu lepas.

Aku mimpi ramai orang kat rumah atuk, macam ada majlis kenduri.

Atuk nampak ceria. Sentiasa tersenyum..

Apakah maknanya mimpiku itu..

Aku doakan yang baik2 sahaja untuk atuk yang dikasihi...


Friday, 24 June 2011

Mak

Masa aku umur 6 tahun..kat dalam bilik dengan mak..

Aku : Mak nak tengok wayang.

Mak : Ha? Dengan sapa?

Aku : Dengan boyfriend...

Mak : Ha?? Sapa boyfriend?

Aku : Kawan kat tadika...dia datang ambil pukul 8 malam nanti..boleh ya mak?

Mak : Alahai..anak aku..

Mak senyum2 sambil berlalu keluar bilik..tiba2 aku dengar suara mak dan ayah ketawa mengekek2...aku tak faham kenapa mereka ketawa...aku serius ni nak tengok wayang..dengan boyfriend..
          


Thursday, 23 June 2011

Intan Payung Puteri Gunung Ledang

Ini panggilan untuk anak bongsuku..

Si kecik yang paling manja dan mengada.

Kalau orang lain umur 4 tahun dah ada adik...

Dia ada kakak dan abang yang rajin melayan.

Kadang melayan dengan tangan!

Uwaaa......!!!!

Mana taknya..buku kakak kena conteng boleh ampun lagi..ni kena gunting!!

Memang cari nahas le...

Sekarang ni dah pandai mintak nak adik!

Ini aku pulak yang UWAAAA.....YA AMPUN..

Anak lelaki machoku..

Orang kata anak lelaki memang nakal dan lasak.

Aku pun alami perkara yang sama.

Tapi aku tahu dia anak yang penyayang.

Lembut hati. Kadang dalam hati ada taman!

Aku doakan dia berjaya.

Mungkin susah jaga masa kecil ni, mudah mudahan dah besar jadi anak yang berjasa.

Walau kadangkala dia tak larat dengar leteranku tapi aku tetap setia berleter demi kebaikan dia.

Tuesday, 21 June 2011

Mak kata pengantin kena jaga tertib.

Tak boleh tunjuk excited sangat...walau dalam hati rasa nak melompat sampai siling.


Kena ada segan silu...malu2..(walaupun tak malu)


Kalau iya pun seronok tak payah le gelak beria mengalahkan makcik2 di dapur yang tengah menyiapkan lauk pengantin..mengalah pakcik2 yang menjaga api dapur di bangsal penanggah.

Tapi aku tengok ramai pengantin sekarang yang tak kisah semua tu.

Rakan2 mengusik dia pulak yang melebih2 bercerita pasal malam pertama!

Masa berarak berkompang mata liar memandang tetamu..tersengih2.

Tingkah laku tak macam pengantin. Hilang serinya!

Monday, 20 June 2011

Anak daraku

Aku terharu bila anak yang sulung (umur 13 tahun) sudah boleh diharap.

Masa aku demam dia menawarkan diri untuk memasak.

Lauk sempoi je. Sambal tumis telur dan sayur kacang goreng.

Lepas la untuk makan dia dan adik2.

Tak sia2 la aku berleter suruh dia bantu apa yang patut di dapur.

Lepas ni boleh ajar masak lauk lain pulak...senang le nanti order je..heheh..

Friday, 17 June 2011

suami

Alhamdullillah.

Tuhan kurniakan aku suami yang sangat memahami.
walaupun kadangkala ada juga terasa hati,  itu perkara biasa dalam perkahwinan.


Saat aku amat memerlukan rehat dan ketenangan setelah 'bersilat' dengan anak bongsuku, suami membawa anak2 keluar beriadah. Main futsal. Yang main babahnya. Anak2 jadi penonton.

Syukurlah. Boleh berehat sekejap.

Terima kasih suamiku.

Penat

Bila di tempat kerja hati teringatkan anak2.

Sampai rumah hilang segala penat tengok muka anak2.

Tapi kejap je..lepas tu penat balik..membebel..membebel...leterkan anak2...

Rutin seharian.

Kalau tak marah dan leterkan anak2..bukan ibu le namanya...

Serikan harimu...

Salam.

Entri pertama.

Ya..entri pertama..

Sangat teruja!

Saya Seri.

Suka membaca blog dan sekarang teringin nak ada blog sendiri.

Berkongsi kisah suka duka.

Pengalaman diri sendiri dan orang lain.

Cerita lucu sama2 kita gelak. Cerita duka jangan simpan sorang2. Nanti makan dalam.

Hidup sangat singkat.

Serikan harimu!